
Gotong-royong hias balai raya
DURIAN TUNGGAL 26 Julai – Bagi memberi keselesaan kepada pengguna dan penduduk sekitar, satu aktiviti gotong-royong membersihkan Balai Raya Kampung Beringin dilaksanakan pada 24 Julai lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil berkata, selain kerja pembersihan, pengubahsuaian susun atur dalaman bangunan balai raya turut dijalankan.
Katanya, terlibat sama dalam aktiviti itu adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Beringin.
“Bermula jam 9 pagi, kesemua AJK kira-kira 10 orang hadir untuk melaksanakan aktiviti mengindahkan balai raya ini bagi memberi keselasaan kepada orang ramai.
“Lantai dicuci, segala perabot dan susun atur dalaman semua kita ubah untuk agar nampak lebih menarik,” katanya menerusi laman Facebook rasminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
