
33 calon STPM Melaka 2021 peroleh PNGK 4.0
PANTAI KUNDOR 18 Ogos – Seramai 33 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 bagi negeri Melaka memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.
Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Rosni Leman berkata, daripada 1,147 calon yang mendaftar seramai 1,131 sahaja yang hadir dan menduduki peperiksaan pada ketiga-tiga semester STPM 2021.
“Daripada 98.61 peratus yang menduduki STPM seramai 2.92 peratus memperoleh PNGK 4.0 dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.55 peratus berbanding hanya 28 calon tahun sebelumnya.
“Peratusan calon STPM yang lulus penuh lima dan empat mata pelajaran adalah seramai 1,109 calon atau 99.03 peratus,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM Negeri Melaka 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjung, di sini, petang ini.
Menurutnya, Gred Purata Negeri STPM 2021 adalah 2.85 manakala Gred Purata Peringkat Nasional pula 2.79 mata.

“Daripada 17 sekolah 11 merekodkan kelulusan penuh 100 peratus. Malah seorang calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Sebang Lim Sze Ling, termasuk antara 10 pelajar terbaik peringkat Nasional,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘HEBAT’ JAMBATAN BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
PAYA RUMPUT 28 Julai - Program Hari Exco Bertemu Rakyat Negeri Melaka (HEBAT) terus membuktikan peranannya sebagai jambatan antara rakyat...
MELAKA REKOD 30,000 BEG DARAH SETAHUN
AYER KEROH 28 Julai - Sebanyak 29,000 hingga 30,000 beg darah berjaya dikumpulkan di Negeri Melaka setiap tahun, sekali gus...
ABSTRAKSI AIR BAWAH TANAH SELESAI ISU TKPM MENGGONG
PAYA RUMPUT 28 Julai - Masalah kekurangan bekalan air yang menjejaskan tanaman di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Menggong, Alor...
MELAKA NEGERI PERTAMA LAKSANA INISIATIF TIANG FIBER GUNA SAMA
TABOH NANING 28 Julai - Melaka menjadi negeri pertama melaksanakan inisiatif Tiang Fiber Guna Sama yang membolehkan pelbagai penyedia perkhidmatan...
‘JIWA BESAR TOK RAUF BUAT KAMI RASA TIDAK TERSISIH’
PAYA RUMPUT 28 Julai - Kehadiran kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri ke Kampung Bukit Datuk B atau lebih dikenali sebagai Kampung...
MANGSA BANJIR BERSYUKUR KERAJAAN NEGERI PRIHATIN
PAYA RUMPUT 28 Julai - Bantuan tunai disalurkan Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput...
