
Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia
SANDAKAN 2 Okt. – Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
Menurut sumber daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) ketika mengesahkan perkara itu, mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleaneagles, Kota Kinabalu kita-kira 11.50 pagi.
Difahamkan keluarga mendiang belum bersedia untuk membuat kenyataan.
Liew, 60, yang berasal dari Kota Belud, dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu dan pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta merupakan Pengerusi Tetap Warisan
Mendiang meninggalkan isteri Datin Dr Lindai Lee dan empat anak.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
DULU TANAH MERAH, SEKARANG BERTURAP, PENDUDUK TAMAN NYALAS BARU LEBIH SELESA
ASAHAN 29 Oktober - Urusan harian penduduk di lebih 300 kediaman di Taman Nyalas Baru kini lebih lancar apabila jalan...
TPM PUJI USAHA MELAKA PERLUAS POTENSI EKONOMI DESA
AYER KEROH 29 Oktober - Usaha Kerajaan Negeri Melaka memperluas potensi sektor pertanian dan membuka peluang ekonomi kepada masyarakat desa...
LA21: MPJ CEMERLANG, PERKUKUH AGENDA KOMUNITI MAMPAN
JASIN 29 Oktober - Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) memperkukuh pembangunan komuniti mampan membuahkan hasil apabila menerima Pengiktirafan Cemerlang Pelaksanaan...
PRN MELAKA: ‘BN-PAS SUDAH BERNIKAH, BERKADI’ – AB RAUF
LENDU 29 Oktober - “Di sini kita sudah bernikah dengan berkadi, kalau bercerai pun nanti ada talak,” demikian kiasan Pengerusi...
PRN MELAKA: 5 TAHUN BERKHIDMAT PENUH IKHLAS, TOK HAMEED SERAH RAKYAT MENILAI
AYER LIMAU 29 Oktober - Diberi kepercayaan sekali lagi oleh Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
BEKALAN TENAGA STABIL KUNCI TARIK PELABURAN KE MELAKA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 29 Oktober - Bekalan tenaga yang stabil dan mampan menjadi antara faktor penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur untuk...
