
Festival Kuih Bulan Melaka ditangguhkan
AYER KEROH 2 Okt. – Festival Kuih Bulan Melaka yang dijadualkan berlangsung esok di Pentas Cheng Hoon Teng, ditangguhkan susulan situasi COVID-19 semasa.
Perkara itu dimaklumkan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Saari Basiron menerusi memo penangguhan program itu hari ini.
“Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah mengarahkan supaya semua program ditangguhkan berkuatkuasa serta merta.
“Oleh demikian, Festival Kuih Bulan Melaka yang dijadualkan pada 3 Oktober 2020, bertempat di Pentas Cheng Hoon Teng adalah ditangguhkan,” katanya.
Semalam, Pejabat Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menangguhkan semua aktiviti membabitkan Ketua Menteri, Setiausaha Kerajaan Melaka dan Pengerusi Jawatankuasa Negeri susulan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau didapati positif setelah pulang dari Sabah.
Views:
Related


Berita Lain
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
HARGA RUMAH MELAKA KEKAL TERENDAH DI MALAYSIA
AYER KEROH 14 Mei - Harga kediaman bagi pasaran Melaka kekal terendah di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta...
HAJI HASSIM ‘BAPA PERPADUAN’ MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 14 Mei - Peranannya menyatukan masyarakat berbilang kaum menjadikan Hassim Dollah antara figura penting dalam memperkukuh keharmonian khususnya...
MURAL HARMONI IDENTITI BAHARU TAMAN SERI DUYONG
DUYONG 14 Mei - Mural bertemakan keharmonian masyarakat akan menambahkan lagi keceriaan dan menjadi simbol identiti baharu komuniti setempat di...
JURURAWAT NADI SISTEM KESIHATAN NEGARA
LENDU 14 Mei - Jururawat atau 'kakak misi' menjadi tulang belakang dan nadi yang menggerakkan sistem kesihatan negara termasuk di...
HOSPITAL BAHARU MELAKA AGENDA PENTING DEMI RAKYAT
LENDU 14 Mei - Perancangan untuk mendapatkan hospital baharu di Melaka akan terus diperjuangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
