
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air positif COVID-19
KUALA LUMPUR 3 Okt. – Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad mengesahkan beliau positif COVID-19 selepas ujian kedua dilakukan Rabu lepas, dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Ahmad Masrizal berkata beliau tidak mempunyai sebarang gejala dan ujian pertama yang dilakukan pada 23 Sept lepas di Kota Kinabalu ketika kempen pilihan raya negeri Sabah menunjukkan keputusan negatif.
“Bagaimanapun selepas keputusan kedua yang mendapati positif, saya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis dan kini, alhamdulillah saya sihat.
“Sejak ujian pertama dilakukan, saya tiada sebarang tanda-tanda demam dan batuk. Cuma sebelum masuk pejabat Isnin lalu, saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk buat ujian swap sekali lagi dan mendapati keputusannya positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, beberapa pemimpin parti politik turut disahkan positif COVID-19 antaranya Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razlan Muhammad Rafii.
Tambahnya, ketika menunggu keputusan ujian pertama dan kedua, dia telah menjalani kuarantin bersendirian di rumah.
“Saya mengharapkan agar kita semua tidak mengambil mudah ancaman COVID-19 ini. Jika ada peluang untuk buat ujian kedua atau ketiga pergilah,” katanya.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BANTU TAMBAH BEKALAN DARAH NEGARA
PENGKALAN BATU 5 November - Satu beg darah mampu menyelamatkan sehingga tiga nyawa, sekali gus menjadikan sumbangan penderma sebagai satu...
KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA CECAH 98.8 PERATUS – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November – Kadar kebolehpasaran graduan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta universiti di Melaka...
PRN MELAKA: BANTUAN AWAL PRA-PERSEKOLAHAN BUAT ANAK TELOK MAS
TELOK MAS 5 November - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, merancang...
DUN GADEK SIMBOL PENYATUAN, TERJEMAHAN KESEPAKATAN BN-PN
GADEK 5 November - Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek disifatkan sebagai simbol penyatuan dan kesepakatan Barisan Nasional (BN) di Melaka,...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN GADEK KEKAL BIRU
GADEK 5 November - Barisan Nasional (BN) yakin mampu mengekalkan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N07 Gadek pada Pilihan...
PRN MELAKA: TIADA MANIFESTO, HELMY PERTARUH BUKTI KERJA LIMA TAHUN
DUYONG 5 November - Rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
