
PPS di Alor Gajah ditutup sepenuhnya
ALOR GAJAH 26 Oktober – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masing-masing di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dan Balai Raya Gadek, ditutup tengah hari tadi, selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, PPS SK Durian Tunggal, ditutup pada jam 12.30 manakala PPS Balai Raya Gadek, pada jam 12 tengah hari.
“Terdahulu, kesemua 53 mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat berterusan pada petang Sabtu.
“Meskipun keadaan kembali pulih, namun pemantauan berterusan terus dilakukan APM bagi memantau paras air sungai berdekatan,” katanya.
Susulan hujan lebat pada petang Sabtu itu juga, empat kawasan di daerah Melaka Tengah dan Jasin turut terjejas namun tiada penduduk di kawasan itu yang dipindahkan ke PPS.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...
GELANGGANG BADMINTON SATUKAN WANITA
AYER KEROH 13 Ogos - Penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang sukan bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah...
