
17 mangsa banjir masih di PPS Kg Belimbing
MELAKA 30 Oktober – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka berkurangan kepada 17 mangsa setakat ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan pada jam 12 tengah hari tadi, seramai 121 mangsa keseluruhannya ditempatkan di tiga PPS di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah.
Katanya, jumlah itu bagaimanapun semakin berkurangan apabila mangsa sudah mula pulang ke rumah masing-masing selepas keadaan cuaca semakin baik.
“Setakat jam 4 petang tadi, seramai 100 mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong sebelum ini pulang ke rumah masing-masing.
“Hanya satu PPS sahaja iaitu PPS Balai Raya Kampung Belimbing yang masih dibuka menempatkan 17 mangsa membabitkan enam keluarga,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
JELAJAH KETUA MENTERI: KREATIVITI ADUN SERLAH KEUNIKAN SETIAP DUN
REMBIA 12 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang kini sudah menjelajah 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) terus mencapai...
DATARAN NIAGA BAHARU JADI HAB KUIH TRADISIONAL TELOK MAS
TELOK MAS 12 Ogos - Satu dataran niaga baharu sedang dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah...
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...
