
Kota Tinggi dilanda banjir kilat, selepas Segamat
JOHOR BAHRU, 3 Nov – Kota Tinggi menjadi daerah terbaharu dilanda banjir kilat selepas Segamat, menjadikan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 93 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 21 orang, petang semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Al-Barakah, Kota Tinggi yang menempatkan 72 mangsa daripada 18 keluarga, dibuka pada 10 malam tadi.
“Ini menjadikan keseluruhan tiga PPS dibuka, termasuk dua PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya yang menempatkan 21 mangsa daripada enam keluarga di Segamat, sejak semalam.
“Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya di Segamat dan Kampung Sri Jaya serta Kampung Sri Delima di Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan itu.
Semalam, limpahan air Sungai Muar menyebabkan beberapa rumah dinaiki air dengan paras air di lokasi terjejas mencecah paras lutut dan cuaca di seluruh negeri ketika ini dilaporkan cerah.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
