
Empat calon bertanding di Jasin
JASIN 5 November – Parlimen Jasin bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang.
Mereka yang sah bertanding ialah Datuk Roslan Ahmad (BN-UMNO), Datuk Mohd Daud Nasir (Pejuang), Datuk Harun Mohamed (PH) dan Zulkifli Ismail (PN).
Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Ketua Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Parlimen Jasin, Rahizi Ranom di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, hari ini.
Terdahulu, suasana perkarangan pusat penamaan calon Parlimen Jasin itu meriah dengan sorakan dan laungan kata-kata semangat oleh para penyokong parti bertanding.
Antara yang mencuri perhatian ialah gelombang biru penyokong BN yang menggamatkan suasana menerusi gema sorakan dan nyanyian lagu ‘Inilah Barisan Kita’.
Kelihatan penyokong memberikan kata-kata semangat kepada calon BN Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Kesemua penyokong menunjukkan taat setia mereka apabila sanggup menunggu proses penamaan calon selesai dari jam 7.30 pagi sehingga kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PN KUMPUL BUKTI, TINDAKAN TERHADAP BERSATU SELEPAS PRN
PANTAI KUNDOR 10 November – Perikatan Nasional (PN) sudah mengumpulkan bukti bagi mengambil tindakan tatatertib terhadap BERSATU selepas Pilihan Raya...
PRN MELAKA: AB RAUF INGATKAN JANGAN TERSILAP PILIH
TANJUNG BIDARA 10 November - Pilihan yang dibuat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini bukan sekadar menentukan...
FOKUS GERAKKAN PENGUNDI MAMPU TERJEMAH KEMENANGAN BN-PN – ASYRAF WAJDI
PANTAI KUNDOR 10 November - Jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu menumpukan usaha menggerakkan pengundi keluar ke...
PRN MELAKA: KAMPUNG DIGITAL IDEA ‘BUDAK TANJUNG BIDARA’ KINI DIIKTIRAF DUNIA
TANJUNG BIDARA 10 November - Bermula sebagai cetusan idea anak jati Tanjung Bidara yang mentadbir Negeri Melaka, inisiatif Kampung Digital...
AHLI PAS WAJIB UNDI BN DI KERUSI TIDAK DITANDINGI PN – TAKIYUDDIN
PANTAI KUNDOR 10 November – Ahli PAS wajib mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional...
PRN MELAKA: ‘WINNING MENTALITY’ GELOMBANG BIRU PADA TAHAP TINGGI – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 10 November - Semangat winning mentality dalam kalangan jentera Barisan Nasional (BN) Melaka kini berada pada tahap tinggi...

