
Tanah runtuh: Laluan Mantin – Seremban ditutup sementara
SEREMBAN, 17 Nov – Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mantin Batu 8 mengakibatkan laluan Mantin-Seremban bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara bagi kerja pembersihan serta pemotongan batang pokok besar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin Priscilla Carol Thomas berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.06 pagi tadi dan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan hanya menyebabkan laluan utama terputus iaitu bagi kedua-dua arah Mantin-Seremban yang melalui Bukit Mantin terhalang,” katanya kepada Bernama.
Katanya, anggota turut membuat pemantauan sekiranya terdapat pergerakan tanah yang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh berulang.
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan juga ke lokasi kejadian bagi membantu pembersihan tanah dan batu yang runtuh di lokasi kejadian, manakala penduduk setempat dinasihatkan berjaga-jaga di kawasan tersebut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KIOSK ANAK MUDA SERKAM DARAT JADI CONTOH, MPJ RANCANG USAHA NAIK TARAF
SERKAM 2 Julai - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan meneliti keperluan menaik taraf kemudahan dan prasarana di enam kios usahawan...
MAIM SEDIA PERKHIDMATAN VAN JENAZAH PERCUMA, WARIS DINASIHAT ELAK OPERATOR TIDAK BERDAFTAR
BANDA HILIR 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memandang serius mengenai isu 'kartel van jenazah' sedang tular dan...
MELAKA PERUNTUK RM45 JUTA PERKASA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM45 juta bagi memperkasa pendidikan Islam melibatkan sekolah agama, Tadika Jabatan...
WRUR SERKAM: MPJ BINA LIMA KEDIAMAN BAHARU, BAIK PULIH 47 RUMAH
SERKAM 2 Julai - Lima keluarga sebelum ini tinggal di rumah dalam keadaan daif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam...
MELAKA AKAN KAJI SEMULA GAJI GURU KAFA, BELA KEBAJIKAN PENDIDIK JAIM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri akan terus memberi keutamaan terhadap kebajikan pendidik Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) termasuk...
MAIM GUBAL GARIS PANDUAN, WAJIBKAN PENDAFTARAN OPERATOR VAN JENAZAH
BANDA HILIR 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menggubal garis panduan khusus termasuk mewajibkan pendaftaran pengusaha atau...
