
MU gagal calarkan maruah JDT
PAYA RUMPUT 10 Okt – Melaka United gagal mencalar rekod tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tewas 0-5 di Stadium Hang Jebat, di sini sebentar tadi.
Kekalahan itu sekali gus melengkapkan misi pasukan lawan untuk kekal sebagai juara Liga Super untuk tujuh musim berturut-turut.
Babak pertama perlawanan, asakan demi asakan dilontarkan namun pasukan lawan lebih banyak menguasai permainan sehingga menyukarkan skuad Hang Tuah menembusi benteng pertahanan JDT namun perlawanan kekal tiada jaringan.
Memasuki separuh masa kedua, JDT mendapat gol pembukaan menerusi sepakan penalti diambil Leandro Sebastian Velazquez pada minit ke-69.
Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan terus berputih mata apabila JDT meledak gol kedua dan ketiga menerusi tendangan penyerang kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-74 dan tandukan kapten pasukan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak selang empat minit kemudian.
Pasukan lawan terus berpesta gol apabila meraih gol keempat hasil hantaran lintang Matthew Davies yang disempurnakan oleh Fernando Rodriguez Ortega pada minit ke-84.
Akhir minit perlawanan, Leandro sekali lagi menjadi hero pasukan apabila menjaringkan gol kelima bagi menutup aksi perlawanan.
Views:

Berita Lain
MPJ BERTINDAK, PEMILIK LEMBU BERKELIARAN KENA 7 KOMPAUN
JASIN 26 November - Tujuh ekor lembu yang berkeliaran di kawasan awam sekitar Bulatan Serkam, Bemban hingga Bandar Botani Parkland...
MEDIPULIH SUMBANG TENAGA, KHATANKAN 50 ANAK ASNAF
AYER KEROH 26 November - Klinik MediPulih memperuntukkan lapan petugas perubatan bertauliah bagi melaksanakan prosedur khatan percuma terhadap 50 anak...
LIMA TAHUN MENGENAL ISLAM, NUR IZZAH SYUKUR DIJEMPUT KE TANAH SUCI
PENGKALAN BATU 26 November - Hampir lima tahun mengenali dan menghayati Islam, saudara baharu, Nur Izzah Aisyah Jifson Jiff, 27,...
SAMBUTAN NOVEMBER BULAN KELUARGA SASAR TARIK 1,000 PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 26 November - Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2026 di Gadek Hot Spring, Alor Gajah,...
JELAJAH MELAKA SAYANG RAKYAT SUBURKAN BUDAYA IMARAHKAN MASJID
BUKIT PALAH 26 November - Masjid kariah terpilih di enam Parlimen di negeri ini akan menjadi lokasi penganjuran Kenduri Kesyukuran...
MELAKA MOHON TAMBAH EMPAT TASKA PERPADUAN – EXCO
AYER KEROH 26 November – Kerajaan Negeri akan mengangkat permohonan kepada Kementerian Perpaduan Negara bagi menambah sekurang-kurangnya empat Taska Perpaduan...

