
Mangsa banjir di Melaka berkurang kepada 32 orang
AYER KEROH 20 November – Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan kepada 32 orang daripada sembilan keluarga setakat jam 12 tengah hari tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Japerun Durian Tunggal.
“Setakat ini, 12 keluarga telah dibenarkan pulang dan masih terdapat 32 mangsa lagi masih ditempatkan di PPS Dewan Japerun Durian Tunggal yang dibuka pada 14 November lalu.
“Kesemua mangsa yang terjejas adalah dari Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau, Kampung Belimbing dan Kampung Panchor,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM TAJA 20 MUALAF, KAKITANGAN TUNAI UMRAH
PENGKALAN BATU 23 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan RM200,000 bagi menaja 20 peserta menunaikan ibadah umrah tahun...
TAK TUNGGU LAMA, DR. AKMAL TUBUH JAWATANKUASA TANGANI ADUAN LIPUTAN TELEKOMUNIKASI
AYER KEROH 23 November - Masalah liputan telefon dan internet di Melaka menjadi antara perkara awal diberi perhatian Datuk Dr....
PERPUSTAKAAN DESA BUKAN SEKADAR TEMPAT MEMBACA, JADI PUSAT AKTIVITI KOMUNITI
DURIAN TUNGGAL 23 November - Perpustakaan desa bukan sekadar menjadi tempat mendapatkan bahan bacaan, malah berpotensi berperanan sebagai pusat aktiviti...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT DI 28 DUN BERMULA 2027
AYER KEROH 23 November - Program Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) akan mula dilaksanakan dengan penyelarasan lebih bersasar tahun hadapan,...
BUKAN SEKADAR TUGAS, INI PENGORBANAN MEREKA DEMI LENDU YANG BERSIH
LENDU 23 November - Setiap pekerjaan mempunyai nilai dan sumbangan tersendiri dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni, justeru, tiada pekerjaan...
LANGKAH PERTAMA HEE SEM, PERKUKUH USAHA TARIK PELABURAN KE MELAKA
AYER KEROH 23 November - Datuk Ngwe Hee Sem memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Exco Pelaburan dan Industri negeri dengan...
