
‘Media dan Petronas berpisah tiada’
AYER KEROH 5 Disember – Kejohanan Boling Petronas Bersama Media Melaka di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), di sini, malam ini berlangsung dalam suasana meriah.
Pengurus Besar Petronas Southern Office (PSO) Bahagian Strategi Korporat, Mohd Zaki Mahat berkata, secara keseluruhan seramai 75 peserta termasuk wakil media mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
Katanya, objektif program itu adalah untuk merapatkan hubungan antara pengamal media Negeri Melaka dan warga kerja Bahagian Strategi Korporat Petronas Bahagian Selatan.
“Program boling bersama media ini adalah acara tahunan kerana media dan Petronas berpisah tiada. Kita memerlukan rakan-rakan media dalam membantu usaha untuk membuat hebahan produk-produk kami.
“Jadi kejohanan malam ini, sekali gus bagi meraikan rakan-rakan media di Negeri Melaka,” katanya ketika ditemui pada kejohanan tersebut.
Turut hadir Pengerusi Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) , Amir Mamat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR GADEK: LEBIH 40 ADUAN RAKYAT SUDAH ADA PENYELESAIAN SEGERA
GADEK 16 April - Lebih 40 dari 160 aduan yang terkumpul menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
YB ALONG RAIKAN ORANG REMBIA
REMBIA 16 April - Jamuan Aidilfitri bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dilaksanakan mengikut Zon bertujuan menggamit lebih ramai penduduk...
TAMING SARI EDUEXPLORE: PENGALAMAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF DARI PUNCAK MENARA
BANDA HILIR 16 April - Lebih 100 murid bakal menyertai program pembelajaran secara interaktif, Taming Sari EduExplore dijadualkan berlangsung di...
MBMB TAWAR DISKAUN 80 PERATUS SEMPENA ULANG TAHUN KE-23 BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
AYER KEROH 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan diskaun bayaran kompaun sehingga 80 peratus bersempena Sambutan Ulang...
WRUR LAMBANG KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
GADEK 15 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) disifatkan sebagai manifestasi kasih sayang Kerajaan Negeri kepada rakyat secara...
MURAL TUAH–JEBAT SEMAI SEMANGAT WARISAN GENERASI MUDA
GADEK 15 April – Usaha mengangkat sejarah dan jati diri bangsa perlu bermula sejak di bangku sekolah agar generasi muda...
