
Remaja dipercayai terjatuh semasa memancing ditemukan lemas
KUANTAN, 1 Jan – Seorang remaja lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai semasa memancing di Jambatan Kemasul 1, Felda Kemasul di Bentong dekat sini ditemukan lemas hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa, Muhammad Firdaus Yuseri, 16, ditemukan pada 3.55 petang pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Mayatnya ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Muhammad Firdaus dikatakan keluar memancing petang semalam sebelum ahli keluarga yang mencarinya menjumpai motosikal dan peralatan memancing milik mangsa di jambatan itu.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘YOUNG HEROES’ MELAKA CIPTA GELOMBANG BAHARU BATIK
TABOH NANING 6 Ogos - Idea kreatif kumpulan anak muda, BTQ Nation dalam memartabatkan semula fesyen batik menerusi gerakan dinamakan...
MELAKA BERSELAWAT BUKA TIRAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026
KLEBANG 6 Ogos - Majlis Melaka Berselawat Sempena Merdeka pada 29 Ogos ini menjadi acara pembuka tirai Sambutan Hari Kebangsaan...
HIK@M2026 REKOD PENYERTAAN TERAMAI
AYER KEROH 6 Ogos - Hari Inovasi Kebangsaan @ Melaka 2026 (HIK@M2026) merekodkan penyertaan tertinggi dalam tempoh tiga tahun penganjurannya...
HARI INOVASI MELAKA DIANGKAT KE PENTAS KEBANGSAAN
AYER KEROH 6 Ogos - Penganjuran Hari Inovasi Negeri Melaka melangkah ke dimensi baharu apabila diperluaskan ke peringkat kebangsaan melalui...
MAIM LANCARKAN PROSES PEMBELIAN TANAH TAPAK PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG MUSAI
PENGKALAN BATU 6 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan amat besar dalam membantu menyelesaikan proses pembelian tanah...
HLN 2026: PAVILION MBMB SERLAH IDENTITI PERANAKAN-MELAYU MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Identiti unik masyarakat Peranakan dan Melayu Melaka diterjemahkan menerusi dekorasi Pavilion Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah...
