
Pelajar tingkatan tiga kritikal terjun bangunan sekolah
PUTRAJAYA, 6 Jan – Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga cedera parah selepas dikatakan terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Sepang, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak sekolah selepas pelajar berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian kepala oleh guru di sekolahnya pada kira-kira 10 pagi.
Menurutnya remaja berusia 15 tahun itu kini dirawat di Hospital Putrajaya dan berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.
“Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah ditemui,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata ada saksi mendakwa melihat pelajar terbabit berada di kaki lima tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum terjun.
Wan Kamarul Azran berkata pihaknya dimaklumkan pelajar itu telah beberapa kali menjalani sesi bimbingan dan kaunseling daripada pihak sekolah kerana mengalami kemurungan ketika di sekolah.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
PRN MELAKA: NORAZRIL PERHEBAT KEMPEN FIZIKAL, DIGITAL MINGGU TERAKHIR
REMBIA 9 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ahmad Norazril Abd Aziz...
‘TOK RAUF MEMANG BUAT KERJA, GEN Z RASAI PERUBAHAN KETARA DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November - Kreativiti dan pendekatan pembangunan yang dibawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf...
PRN MELAKA: ‘TOK MAN’ MESRA, SERING DEKATI RAKYAT SERKAM
SERKAM 9 November – Keperibadian calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Azman Abdullah yang disifatkan...
PPWK 2026: MARA PERLUAS PELUANG KEUSAHAWANAN WANITA, KOMUNITI MELAKA
KESIDANG 9 November - Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus mempergiat usaha memperkasa sosioekonomi wanita dan komuniti setempat menerusi peluasan akses...
PRN MELAKA: 10 AKU JANJI ‘AH SEM’, KLINIK BAHARU HINGGA PELUANG PEKERJAAN DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 9 November - Pembinaan klinik kesihatan baharu di Tebong, sekolah agama di Lesung Batu serta bantuan pendidikan tinggi...
