
Kes letupan di Ampang, reman suami isteri disambung tujuh hari – Polis
KUALA LUMPUR, 10 Jan – Reman terhadap pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, 29 Dis lepas disambung sehingga 17 Jan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan hari ini berkata pagi tadi pihaknya memohon untuk menyambung reman terhadap dua suspek berusia 33 dan 30 tahun itu, yang sepatutnya berakhir hari ini.
Beliau berkata mahkamah membenarkan reman disambung tujuh hari lagi bermula esok sehingga 17 Jan.
Pada Rabu lepas pasangan berkenaan ditahan di rumah mereka di Serdang, Kedah dan polis turut merampas beberapa barang kes antaranya pisau pemotong kertas dan mercun bola yang dipercayai digunakan sebagai bahan letupan.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata kejadian dipercayai berpunca daripada masalah peribadi antara mangsa dan seramai 36 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pada 29 Dis lepas, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘PERPADUAN JADI TUNJANG SAMBUTAN DEEPAVALI DI MELAKA’
AYER KEROH 20 Oktober – Sambutan Deepavali di Melaka menyerlahkan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum apabila majlis rumah terbuka...
MELAKA SASAR PINGAT DALAM EMPAT ACARA WAJIB DI SUKMA 2026
AYER KEROH 20 Oktober – Kerajaan Negeri menyasarkan pungutan pingat dalam empat acara utama iaitu wushu, muaythai, olahraga dan renang...
POLIS MELAKA TURUN KE SEKOLAH BERMULA KHAMIS INI
AYER KEROH 20 Oktober – Polis Melaka akan melaksanakan lawatan mengejut ke sekolah-sekolah di seluruh negeri bermula Khamis, sebagai usaha...
MAIM SEDIA JALIN KERJASAMA UNTUK PEMBANGUNAN ANAK YATIM, MISKIN
BUKIT KATIL 20 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama bagi membantu pembangunan anak-anak yatim, miskin...
WRUR : PROJEK PENGAIRAN SUBURKAN HASIL BUMI KLEBANG
KLEBANG 20 Oktober - Kerajaan Negeri komited memastikan kesejahteraan rakyat bukan sahaja melalui penyediaan tempat tinggal yang selesa, tetapi juga...
JAMBATAN STULANG DAENG KEMBALIKAN NADI KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG
KLEBANG 20 Oktober - Jambatan baharu Stulang Daeng yang dibina dengan peruntukan RM9.4 juta daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah...