
Kakak, adik maut motosikal terbabit kemalangan
BEMBAN 29 Januari – Seorang wanita dan adik lelakinya maut selepas motosikal mereka terbabit kemalangan dalam kejadian di Jalan Gapam berhampiran Orna Resort, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua beradik terbabit masing-masing berusia 21 dan 18 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.12 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil bersama lapan anggota ke tempat kemalangan.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati terdapat sebuah motosikal Yamaha Y15 terbabit kemalangan selain terdapat dua mangsa.
“Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
“Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, selepas memastikan tiada sebarang kemerbahayaan di lokasi kejadian, pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai dan operasi ditamatkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB
AYER KEROH 25 September - Ayam serendah RM5 seekor serta pelbagai barangan basah dan kering sehingga 50 peratus lebih rendah...
MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16
BANDARAYA MELAKA 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih berteka-teki mengenai bayangan calon yang bakal...
‘DULU SAYA ANAK PENOREH GETAH’ – AB RAUF MAHU WARISKAN KERAJAAN TERBAIK UNTUK ANAK MUDA MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Daripada kehidupan sebagai anak penoreh getah di sebuah kampung di Masjid Tanah, Ketua Menteri Datuk...
JATI DIRI, PENGISIAN ROHANI BENTENG GENERASI MUDA HADAPI DUNIA DIGITAL – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Generasi muda perlu memperkukuh jati diri dan pengisian rohani sebagai benteng dalam mendepani dunia digital...
PENDIDIKAN JADI ASAS LAHIR PEMIMPIN PELAPIS MASA DEPAN MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Kecemerlangan pendidikan menjadi antara asas penting dalam melahirkan barisan pemimpin pelapis bagi menerajui Melaka pada...
