
Kes denggi meningkat lebih 103 peratus
MACHAP JAYA 7 Mei – Jumlah kes denggi di Melaka sehingga minggu epidemiologi (ME) ke-17 berakhir pada 29 April lalu meningkat sebanyak 103 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, sejumlah 322 kes direkodkan sehingga ME-17 berbanding hanya 158 tahun lalu.
“Berlaku peningkatan sebanyak 164 kes. Daerah Melaka Tengah merekodkan kes demam denggi tertinggi dengan 241 diikuti Jasin (52) seterusnya Alor Gajah (29).
“Selain itu juga terdapat 14 wabak dilaporkan seluruh Melaka sehingga ME-17, namun tidak membabitkan kematian setakat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya yang diadakan di Kompleks Japerun Mahcap Jaya, di sini, semalam.
Menurutnya Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengesan empat lokaliti wabak aktif iaitu di Taman Perkota dan Jalan Sekolah, Kampung Padang Temu di daerah Melaka Tengah; Batu 21 1/2 Kampung Solok Dekat, Alor Gajah dan Taman Merlimau Baru di Jasin.
“Peningkatan ini agak membimbangkan dan saya meminta pihak yang terbabit termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama-sama JKN mengadakan gotong-royong menghapuskan sarang pembiakan nyamuk aedes,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DULU SELENGGARA SENAPANG, KINI TUAI CENDAWAN
AYER LIMAU 29 September - Jika dahulu rutin hariannya bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dipenuhi tugas membaiki dan menyelenggara sistem...
JIMAT RM50, TAPI DAPAT BELI MACAM-MACAM
PENGKALAN BATU 29 September - Kupon bernilai RM50 yang diagihkan kepada orang ramai bersempena Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) amat...
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
