860 bakal jemaah haji hadiri kursus Perdana Haji

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

DURIAN TUNGGAL 6 Mei – Seramai 860 bakal jemaah haji menghadiri Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Melaka bagi Musim Haji 144411/2023M di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini malam tadi.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata kursus dua hari bermula semalam itu merupakan kursus terakhir sebelum jemaah berangkat ke tanah suci pada penghujung bulan ini.

Katanya, kesemua bakal jemaah haji yang hadir itu dianggarkan berusia 17 tahun dan ke atas.

“Kursus ibadat haji ini memberi peluang kepada bakal haji bertanya dan mendapatkan kefahaman tentang perkara yang mungkin membawa kemusykilan.

“Perkara itu boleh diajukan terus kepada pembimbung ibadat haji dan pihak Tabung Haji (TH) turut memberikan maklumat terkini berkenaan operasi haji,” katanya.

153D8DE6-DDF8-4171-AC77-2E61520A9431
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman beramah mesra bersama bakal jemaah haji sempena Majlis Perasmian Penutup Kursus Perdana Haji (KPH) Musim Haji 1444H/2023 Peringkat Negeri Melaka di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal. Turut hadir bersama Ketua Pegawai Audit Dalam dan Integriti Lembaga Tabung Haji, Annas Bahari (dua dari kanan). Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian penutup mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Majlis Perasmian Penutup bagi Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Melaka bagi Musim Haji 144411/2023M di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini malam tadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Audit Dalam dan Integriti Lembaga Tabung Haji Negeri Melaka, Annas Bahari dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Rahmad turut menasihati bakal jemaah haji untuk saling berganding bahu, tolong-menolong dan hormat- menghormati antara satu sama lain.

“Di tanah suci,  pasti akan berjumpa dengan umat Islam berlainan bahasa, bangsa, budaya dan pelbagai kerenah.

“Namun ingatlah bahawa kita semua bersaudara dalam Islam, banyakkan bersabar dan bertolak ansur serta persiapkan mental dan fizikal,” katanya.

Terdahulu, TH mengumumkan seramai seramai 31,600 jemaah Malaysia ke tanah suci pada tahun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2820
Kongsi :
Previous post Kes denggi meningkat lebih 103 peratus
Next post Cabutan bertuah meriahkan Rumah Terbuka DUN Gadek
Ubah saiz-+=