Cabutan bertuah meriahkan Rumah Terbuka DUN Gadek

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

GADEK 7 Mei – Cabutan bertuah memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek yang diadakan di Dataran Bandar Satelit Pulau Sebang di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, VP Shanmugam berkata pihaknya menyediakan lebih 20 juadah kepada pengunjung.

Katanya, antara juadah menarik adalah putu mayam, aiskrim serta pelbagai lagi juadah hari raya disajikan.

“Majlis bermula jam 11 pagi sehingga jam 3 petang, namun seawal jam 10 pagi orang ramai telah hadir memenuhi dataran ini.

“Lebih menarik kita buat cabutan bertuah, dan hadiah yang disediakan berupa barangan elektrik seperti kipas, periuk nasi, kuali dan pelbagai lagi.

“Sambutan luar biasa, pengunjung yang hadir dianggarkan hampir 5,000 orang,” katanya.

0A20E7C3-9AED-4CEB-A0D1-832DD06C9E95
AB Rauf diiringi Shanmugam menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung yang memenangi hadiah berupa barangan elektrik pada Majlis Rumah Terbuka DUN Gadek

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tersebut.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang tiba kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari,  Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan.

Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Kalsom Nordin, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Khalil serta kenamaan lain.

092219B4-5F78-454D-8972-D41E60BC9D67
SEKITAR suasana Majlis Rumah Terbuka DUN Gadek di Dataran Bandar Satelit Pulau Sebang hari ini

Terdahulu, Ab Rauf diiringi Shanmugam turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke majlis tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1940
Kongsi :
Previous post 860 bakal jemaah haji hadiri kursus Perdana Haji
Next post Sasaran 10,000 penerima PJM setiap tahun – Adly
Ubah saiz-+=