
Panas berpanjangan, pesawah perlu tangguh penanaman padi – Exco
AYER KEROH 25 Mei – Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang aduan berhubung kawasan tanaman padi seluas 1,836 hektar di negeri ini terjejas akibat fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, semua pesawah bagaimanapun disarankan agar menangguhkan penanaman padi waktu ini selaras dengan laporan cuaca oleh Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia).
Katanya, jika pesawah ingin meneruskan penanaman pada musim panas ini, ia perlu dirujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri bagi memastikan sumber air mencukupi bagi pengairan sawah padi semasa proses penanaman.
“Jika berlaku sebarang kerugian oleh pesawah padi semasa fenomena ini, pesawah boleh mengemukakan laporan kerosakan tanaman ke Jabatan Pertanian Negeri Melaka untuk dipanjangkan ke Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
“Kelulusan bantuan bencana ini adalah di bawah bidang kuasa KPKM, jadi jika berlaku perkara tersebut pesawah perlu membuat laporan terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUDAH 16 TAHUN BERSARA, ZAID MASIH BERJIWA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 21 September - Sudah 16 tahun bersara sebagai guru, namun semangat mendidik dalam diri Zaid Md Saman, 72,...
MENARA TINJAU GAMIT ‘HIKERS’ TAWAN PUNCAK BUKIT GAPIS
ASAHAN 21 September - Aktiviti mendaki Bukit Gapis atau juga popular dengan panggilan Gunung Melaka kini lebih menarik dengan pembinaan...
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
