
Pecah tanah tapak pasar tani Sungai Rambai tak lama lagi
SUNGAI RAMBAI 2 Jun – Pembinaan tapak pasar tani kekal Sungai Rambai berhampiran perkarangan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Rambai, arah selatan, di sini, dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis berkata, pembinaan tapak pasar tani dirancang dilengkapi pelbagai kemudahan itu dianggarkan membabitkan kos RM3 juta.
“Insya-Allah tidak lama lagi akan ada majlis pecah tanah. Selepas beroperasi kelak tapak itu akan menempatkan 70 usahawan.
“Selepas ini mereka akan ada tapak kekal dan tidak perlu lagi berpindah-randah seperti sebelum ini,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, berharap operasi tapak pasar tani itu akan membantu merancakkan lagi aktiviti ekonomi penduduk sekitar selain menjadi tarikan bagi pintu gerbang selatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JAMBATAN DANG MERDU WATI IKON BAHARU SUNGAI MELAKA
DUYONG 25 Oktober - Jambatan baharu di Sungai Melaka bakal menjadi satu lagi ikon baharu yang bukan sahaja memudahkan orang...
MELAKA ANGKAT SEMANGAT PELANCONGAN BUDAYA
DUYONG 25 Oktober - Meraikan kepelbagaian seni, budaya, selain warisan Selat Melaka menjadi antara keunikan yang dibawa pada Festival Seni...
MENARA TAMING SARI PROMOSI MELAKA LEBIH MELUAS
BANDA HILIR 25 Oktober - Menara Taming Sari memainkan peranan penting dalam mempromosikan Melaka secara lebih meluas melalui kolaborasi dengan...
PELANCONGAN MELAKA ‘TAK RILEKS’ HINGGA HUJUNG TAHUN
DUYONG 25 Oktober - Sektor pelancongan Melaka terus bergemerlapan hingga hujung tahun ini dengan pelbagai acara menarik untuk rakyat dan...
BIJAK SPM 2025 LONJAK KECEMERLANGAN PELAJAR MELAKA
ALOR GAJAH 25 Oktober – Seramai 11,371 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Melaka mendapat manfaat menerusi pelaksanaan Program...
MELAKA PECAH REKOD ONDE-ONDE TERBANYAK, USAHA POPULARKAN KUIH TRADISI
DUYONG 25 Oktober - Melaka berjaya memecahkan rekod baharu negara menerusi penghasilan kuih onde-onde atau Buah Melaka terbanyak. Rekod itu...

