Pamer hasil karya pelajar sekolah di Balai Seni Lukis – Perzim

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDA HILIR 6 Jun – Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menggalakkan pelajar – pelajar sekolah di negeri ini menjadikan Balai Seni Lukis sebagai lokasi untuk mempamerkan hasil seni karya mereka.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Akramuddin Ab. Aziz berkata inisiatif itu bagi mengetengahkan bakat terpendam anak-anak muda di negeri ini khususnya mereka yang masih bersekolah.

“Kita lihat anak-anak yang masih kecil ini gemar dan berbakat dalam seni lukisan, sebagai contoh hari ini pelajar sekolah antarabangsa Malacca Expatriate School (MES) Secondary menghasilkan karya-karya yang menakjubkan.

“Jadi tidak mustahil murid-murid sekolah di negeri ini yang lain juga mampu membuat perkara yang sama, saya akan mengadakan kunjung hormat kepada pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk berbincang tentang perkara ini.

“Gunakan Balai Seni Lukus Perzim ini sebagai salah satu tempat untuk kita adakan pameran begini, aktiviti ini juga perlu dimasukkan dalam kalendar pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 nanti,” katanya.

WhatsApp Image 2023-06-06 at 1.41.51 PM
AKRAMUDDIN melakukan gimik perasmian pameran berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pameran Met ‘Art’ Morphosis – Journey Towards The New Normal di Balai Seni Lukis Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Pengetua MES Secondary, Luke Rajadurai.

Katanya, melalui seni visual pelajar mampu menggambarkan cerita-cerita yang memberi inspirasi kepada kepelbagaian masyarakat.

“Setiap karya yang dihasilkan menceritakan perjalanan hidup dan pengalaman mereka dalam merentasi sempadan, budaya, serta kepelbagaian masyarakat yang ada di negara ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1765
Kongsi :
Previous post Dua lelaki menyamar anggota polis ditahan di Pontian
Next post UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan, KPM fokus bangunkan murid secara holistik
Ubah saiz-+=