
Lelaki Nepal maut dirempuh pacuan empat roda
PENGKALAN BATU 13 Jun – Seorang penunggang basikal warga Nepal maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika menyeberangi Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata dalam kejadian pada jam 9.10 malam itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 35 tahun dalam perjalanan dari arah Melaka Sentral menghala ke Limbongan.
Katanya, pada masa sama, mangsa, Pahadi Narnath, 34 yang ketika itu datang dari arah kiri sebuah pasar raya sedang menyeberangi jalan, bagaimanapun dirempuh kenderaan pacuan empat roda terbabit.
“Akibat rempuhan itu, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
“Pol 61 (arahan bedah siasatan) dikeluarkan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
