Sektor perikanan sumbang lebih RM48 juta

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

MERLIMAU – Industri perikanan Negeri Melaka mencatatkan jumlah pendaratan hasil sebanyak RM48.5 sepanjang tahun lalu.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, jumlah itu adalah berdasarkan kepada 1,997.39 tan metrik hasil ikan marin didaratkan di Melaka sepanjang 12 bulan 2022.

“Mengikut data 2022 ada 1,155 nelayan yang berdaftar seluruh Negeri Melaka dan mereka menggunakan keaedah tradisional dalam menjalankan aktiviti penangkapan ikan.

“Selain itu di Melaka juga terdapat sebanyak 33 buah pangkalan yang beroperasi sebagai lokasi pendaratan ikan di sepanjang persisir pantai negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup One-off Fasa II Dan III Nelayan Negeri Melaka, di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithin, di sini, pada Selasa.

Hadir sama Timbalannya Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Low Chee Leong, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis dan Timbalan Pengarah Perikanan Melaka Nawar Abd Karim.

Dr Muhamad Akmal berkata, kerajaan Negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap setiap permasalah dihadapi nelayan dan sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

Sementara itu, mengulas mengenai insentif sara hidup kepada nelayan di Melaka beliau berkata, bantuan seumpama itu amat perlu dalam meringankan beban nelayan.

“Saya percaya bahawa nelayan amat memerlukan bantuan dan perhatian daripada segi kewangan begitu juga pelbagai bentuk bantuan lain dalam menampung kelangsungan sara hidup.

“Justeru pada hari ini (semalam) kita membuat pembayaran insentif kepada 306 nelayan dengan jumlah implikasi kewangan berjumlah RM153,000,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1525
Kongsi :
Previous post Rondaan lebih kerap elak kecurian benih kerang
Next post Lelaki Nepal maut dirempuh pacuan empat roda
Ubah saiz-+=