
Tangguh tutup simpang di Stadium Hang Jebat
AYER KEROH 28 Jun – Cadangan penutupan simpang lampu isyarat di Stadium Hang Jebat di Lebuh SPA (Sungai Udang–Paya Rumput–Ayer Keroh) pada 3 Julai ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan.
Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR), terdapat ralat maklumat berhubung penutupan itu.
Susulan itu, tarikh baharu untuk penutupan simpang lampu isyarat akan dimaklumkan dan sebarang kesulitan mengenai perkara itu amat dikesali.
Sebelum ini, Melaka Hari Ini (MHI) melaporkan pengguna jalan raya tidak lagi boleh membelok ke kanan atau membuat pusingan U di lampu isyarat persimpangan berkenaan bermula 3 Julai susulan pelaksanaan ‘no right turn’ (tidak dibenar belok ke kanan) di kawasan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
