
Laluan Plaza Tol Simpang Ampat dilebarkan
SERI NEGERI 31 Julai – Jalan ke pintu masuk dan keluar Melaka di Plaza Tol Simpang Ampat akan dilebarkan tidak lama lagi.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, pelebaran jalan daripada dua kepada empat lorong itu akan menelan kos kira-kira RM20 juta.
Menurutnya, selain pelebaran jalan, kos tersebut juga bakal membabitkan pembesaran bulatan berhampiran plaza tol berkenaan.
“Kajian telah dilakukan Jabatan Kerja Raya sejak setahun yang lalu. Sekarang kita hanya menunggu peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebelum kerja-kerja tersebut boleh dilaksanakan.
“Impak daripada pelebaran jalan ini dapat membantu menyuraikan trafik di kawasan itu memandangkan jalan berkenaan merupakan pintu masuk dan keluar Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zulkiflee Mohd Zin (BN-Taboh Naning) pada Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Dewan Undangan Negeri, Seri Negeri, di sini, hari ini.
Ends//
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
