
Beberapa klinik kesihatan di Melaka perlu bangunan baharu, naik taraf
SERI NEGERI 3 Ogos – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengenal pasti tiga hingga empat klinik kesihatan di Melaka memerlukan bangunan baharu dan kerja naik taraf bagi menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, setakat ini JKN sudah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat berjumlah RM700 juta bagi pembinaan blok bangunan wad kanak-kanak dan wanita di Hospital Melaka.
Bagaimanapun katanya, jabatan itu memerlukan peruntukan bagi membina klinik kesihatan baharu dan menaik taraf klinik kesihatan sedia ada bagi mengatasi masalah kepadatan pesakit.
“Setakat ini ada tiga ke empat permohonan bagi membina bangunan baharu dan naik taraf bangunan klinik kesihatan.
“Contohnya di Klinik Kesihatan Duyong. Tapak untuk membina bangunan baharu telah diluluskan bulan lepas namun memerlukan peruntukan bagi pembinaan baharu dan kita akan usahakan (mendapat peruntukan baharu),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada Hari Ketiga Persidangan Kedua, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Untuk rekod, jumlah kesuruhan klinik kesihatan di Melaka adalah sebanyak 33 buah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TUTUP 2025 DENGAN KEJAYAAN, MELANGKAH 2026 DENGAN SERIBU IMPIAN
KLEBANG 1 Januari - Persembahan ikonik dan percikan bunga api menutup tirai 2025 di Melaka dengan penuh gilang-gemilang. Itu suasana...
MELAKA TERAJUI PELANCONGAN DIGITAL DENGAN SMART TOURISM AI, PASPORT PELANCONGAN
KLEBANG 1 Januari - Melaka terus terkehadapan dalam sektor pelancongan dengan memperkukuh elemen pelancongan digital, kata Ketua Menteri Datuk Seri...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 BAKAL CETUS GELOMBANG BAHARU
KLEBANG 1 Januari - Tahun Melawat Melaka 2.0 yang diluncurkan malam tadi bakal mencetuskan satu gelombang baharu bagi menyokong Tahun...
2025 MELAKA TIDAK PERNAH SUNYI, GAMIT LEBIH 15 JUTA PELANCONG
KLEBANG 31 Disember - Melaka berjaya membuktikan negeri pelancongan ini tidak pernah sunyi daripada catatan kejayaan sepanjang 365 hari tahun...
SITI NURHALIZA, FAN BINGBING TERIMA ANUGERAH IKON MELAKA
KLEBANG 31 Disember - Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Ikon Seni dan Budaya Melaka di atas sumbangan...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 BANGUNKAN PELANCONGAN BERIMPAK TINGGI
KLEBANG 31 Disember - Tahun Melawat Melaka 2.0 mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan pelancongan yang lebih berimpak tinggi, demi...
