Beberapa klinik kesihatan di Melaka perlu bangunan baharu, naik taraf

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 3 Ogos – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengenal pasti tiga hingga empat klinik kesihatan di Melaka memerlukan bangunan baharu dan kerja naik taraf bagi menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, setakat ini JKN sudah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat berjumlah RM700 juta bagi pembinaan blok bangunan wad kanak-kanak dan wanita di Hospital Melaka.

Bagaimanapun katanya, jabatan itu memerlukan peruntukan bagi membina klinik kesihatan baharu dan menaik taraf klinik kesihatan sedia ada bagi mengatasi masalah kepadatan pesakit.

“Setakat ini ada tiga ke empat permohonan bagi membina bangunan baharu dan naik taraf bangunan klinik kesihatan.

“Contohnya di Klinik Kesihatan Duyong. Tapak untuk membina bangunan baharu telah diluluskan bulan lepas namun memerlukan peruntukan bagi pembinaan baharu dan kita akan usahakan (mendapat peruntukan baharu),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Hari Ketiga Persidangan Kedua, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Untuk rekod, jumlah kesuruhan klinik kesihatan di Melaka adalah sebanyak 33 buah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2430
Kongsi :
Previous post Peniaga buah dikompaun guna penimbang tamat tempoh
Next post Kasih Hock Teng demi anak angkat OKU
Ubah saiz-+=