
SULAM: UTeM-Indonesia jalin pemindahan ilmu
AYER KEROH 3 Ogos – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi kerjasama sulung antara Universitas Muhammadiyah Riau (UMRI), Indonesia komited memperluaskan program pemindahan ilmu antara dua negara.
Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, Program Global Service-Learning Malaysia (Global SULAM) dan ‘Mobiliti Outbound’ menjadi kerjasama pertama antara kedua-dua institusi akademik berkenaan.
Katanya, program itu dijayakan menerusi Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FTKMP) UTeM.
“Program ini mampu memberi nilai tambah dan meningkatkan kompetensi pelajar pra siswazah dan pasca siswazah kerana melibatkan sesi pemindahan ilmu menghubungkaitkan teori serta praktikal dengan penyelesaian permasalahan sebenar dihadapi komuniti di negara itu.
“Menerusi program pemindahan ilmu dan latihan membabitkan pelajar UMRI peringkat Ijazah Sarjana Muda mengikuti kursus kejuruteraan mesin, kejuruteraan industri, automotif dan kimia,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata, 10 pelajar pra siswazah dan empat orang pasca siswazah menyertai program berkenaan bermula 25 Julai hingga 7 Ogos dengan melibatkan komuniti di Pekanbaru, Riau, Indonesia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
