Sayangkan isteri, suami kena carum SKSSR

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

RIM 3 Ogos – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka, menyasarkan jumlah suri rumah mencarum dibawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) meningkat kepada 15,000 hujung tahun ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, usaha mempromosikan skim itu kini giat dilakukan bagi menarik lebih ramai suri rumah atau suami mereka tampil mencarum.

Katanya, pencarum SKSSR layak menikmati pelbagai faedah disediakan Perkeso dan ia adalah sebagai persediaan berdepan sebarang perkara luar jangka seperti mengalami masalah kesihatan atau terbabit kemalangan.

“Setakat Jun seramai 6,292 suri rumah direkodkan mencarum dibawah SKSSR, berikutan itu menjelang hujung tahun jumlah itu diharap meningkat kepada 15,000 seperti yang disasarkan.

“Justeru itu kita harap para suami khususnya beri perhatian kepada skim ini, mencarumlah untuk isteri. Kadar caruman pula serendah RM10 sebulan, tetapi manfaat perlindungan amat besar,” katanya.

Hee Sem berkata diemikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Skuad Perkeso Prihatin Melaka di kediaman penerima faedah SKSSR T. Kogilavani, 51, di Batu 20, Rim, di sini, hari ini.

Wanita itu disahkan menghidap masalah buah pinggang tahap lima Mac lalu, namun dia layak menikmati faedah disediakan Perkeso hasil keprihatinan suaminya yang mencarum menerusi SKSSR.

Menurutnya, Kogilavani adalah penerima pertama faedah keuzuran dibawah SKSSR yang menerima Elaun Keuzuran dan rawatan dialisis yang keseluruhan berjumlah RM500 setiap bulan.

“Oleh itu saya minta semua suri rumah belum berdaftar tampil segera dan mencarum dibawah SKSSR,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1713
Kongsi :
Previous post Mujur suami carum SKSSR
Next post SULAM: UTeM-Indonesia jalin pemindahan ilmu
Ubah saiz-+=