
Senator Ras Adiba sahkan adiknya positif COVID-19
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Senator Ras Adiba Mohd Radzi hari ini mengesahkan bahawa seorang pegawai khasnya yang juga adik beliau, disahkan positif COVID-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Sehubungan itu Ras Adiba berkata beliau dan 10 lagi ahli keluarganya sedang menunggu keputusan ujian saringan COVID-19.
“Dalam kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang menimpa diri saya dan keluarga,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya beliau reda dengan dugaan itu dan berharap agar Allah SWT melindungi semua dari wabak COVID-19.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan mengusulkan agar persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguh pada 1 tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga, berikutan penularan gelombang ketiga COVID-19 di negara ini.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KDNK MELAKA MENINGKAT RM50.3 BILION PADA 2025
SERI NEGERI 24 Ogos - Ekonomi Melaka terus menunjukkan prestasi positif apabila nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri meningkat...
MELAKA SEDANG CIPTA MOMENTUM UNTUK RAKYAT
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka bukan sekadar bergerak, tetapi sedang mencipta momentum, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab...
17 DAS MERIAM BUKA TIRAI ISTIADAT PINGAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Dentuman 17 das tembakan meriam memecahkan suasana pagi di Seri Negeri, menandakan bermulanya Istiadat Penganugerahan...
RM450,000 BANTU RAKYAT ASAHAN DIAMI RUMAH LEBIH SELESA
ASAHAN 24 Ogos - Sebanyak 13 permohonan menerusi inisiatif Melaka Rumahku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diluluskan sehingga tahun...
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
