
Komuniti Madani JaPeN promosi TMM2024
AYER MOLEK 10 September – Jabatan Penerangan (JaPeN) Negeri Melaka bersama rakan strategik termasuk Komuniti Madani sedia untuk bersama-sama mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Pengarah JaPeN Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah berkata, setakat ini terdapat 84 Komuniti Madani di negeri ini yang boleh digerakkan untuk membantu promosi TMM2024.
“Komuniti Madani boleh menjadi duta untuk mempromosikan TMM2024. Kami juga bersedia menjalankan gerak kerja ini bersama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka menggunakan pelbagai platform termasuk media sosial.
“Kami akan bersama membantu menyebarkan apa yang dilaksanakan BPP dan usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman merasmikan Program Semarak Gemilang Daerah Melaka Tengah bersama Komuniti Jawa Melaka di Bangunan Pusat Komuniti Persatuan Warisan Anak Jawa (PERWAJA), Paya Dalam, di sini, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: MERCU TANDA IKONIK BAKAL HIASI BULATAN PANTAI BELIMBING
DURIAN TUNGGAL 4 November - Satu mercu tanda ikonik dan susunan landskap menarik bakal menghiasi bulatan baharu Pantai Belimbing dalam...
WRUR: 163 PERMOHONAN TANAH KERAJAAN DILULUSKAN DI DAERAH ALOR GAJAH
DURIAN TUNGGAL 4 November - Kerajaan Negeri telah meluluskan 163 Permohonan Tanah Kerajaan (PTK) bagi daerah Alor Gajah disusuli Notis...
WRUR: PERSIMPANGAN BULATAN PANTAI BELIMBING ATASI KESESAKAN TRAFIK
DURIAN TUNGGAL 4 November - Isu kesesakan trafik membelenggu penduduk Pantai Belimbing akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Projek Persimpangan Bulatan...
WRUR: SEPAKAT KEKALKAN AKTIVITI REWANG, PERTAHAN STATUS KAMPUNG TRADISIONAL
DURIAN TUNGGAL 4 November - Status satu-satunya kampung tradisional masih ada dalam dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal akan terus...
MAPEX 2025: BELI RUMAH, BERPELUANG MENANG BAUCAR TUNAI RM5,000
AYER KEROH 4 November - Ekspo Perumahan dan Hartanah Malaysia (MAPEX) Melaka 2025 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia...
WRUR: SUP PAK KARIM KAMPUNG PANCHOR ADA ‘UMPHH’
DURIAN TUNGGAL 4 November - Keenakkan sup hasil air tangan Karim Jaafar, 59, bukan sahaja menambat hati penduduk Kampung Panchor...
