
58 kawasan catat bacaan IPU sederhana
KUALA LUMPUR, 17 September – Sebanyak 58 stesen pemantauan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 3 petang ini.
Berdasarkan data dalam laman sesawang Air Pollutant Index Management System (APIMS) kendalian JAS, kadar IPU di Cheras di sini mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 96, manakala di Shah Alam, Selangor dan Kuching, Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan 91 dan 90.
IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SASAR 150 SAUDARA BAHARU PELUK ISLAM TAHUN INI
BUKIT KATIL 18 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan seramai 150 individu memeluk Islam di negeri ini sepanjang...
MELAKA MAHU PENUNTUT TVET SENTIASA ‘INDUSTRY READY’
TABOH NANING 18 Mei - Institut Teknologi Automotif Termaju Proton (Proton Institute) memainkan peranan amat penting dalam terus memperkukuhkan lagi...
ANAK TVET MELAKA PERLU JADI PENCETUS INOVASI
TABOH NANING 18 Mei - Penuntut kursus Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh terus berada dalam zon selesa dengan...
TVET TAHFIZ: MELAKA MAHU LAHIRKAN INSAN BERILMU, BERTEKNOLOGI
TABOH NANING 18 Mei - Lebih banyak peluang akan diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pelajar tahfiz seluruh Melaka untuk...
MELAKA CADANG KPM TARIK BANTUAN PELAJAR KERAP PONTENG
PENGKALAN BATU 18 Mei - Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya supaya menarik balik bantuan persekolahan diberikan...
KIKIS PERSEPSI TVET BIDANG PILIHAN KEDUA
TABOH NANING 18 Mei - Pemerkasaan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai bidang pilihan utama bukan sahaja melibatkan proses melahirkan...
