Kitar semula, dapat ganjaran

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

TANJUNG BIDARA 17 September – Amalan kitar semula menjadi elemen penting dalam usaha Kerajaan Negeri mewujudkan sistem pengurusan sisa buangan yang lebih sistematik dan pada masa yang sama membantu komuniti menjana pendapatan.

Bagi tujuan itu Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berharap, rakyat Negeri Melaka membentuk pemikiran dan mengubah sifat kelakuan kepada lebih positif melalui pengurus sisa secara berhemah menerusi amalam ‘3R’ (Reduce, Reuse & Recycle) serta ‘Separation At Source (SAS).

Katanya, pembudayaan kitar semula menerusi program ‘Singgit Seposen’ antara inisiatif terbaik yang dijalankan oleh Perbadanan Tekonologi Hijau Melaka (PTHM) dalam mencapai objektif itu.

“Kerajaan Negeri amat berbangga dan akan terus menyokong pelaksanaan inisiatif Singgit Seposen yang telah dialaksanakan PTHM sejak tahun 2021.

“Inisiatif ini amat bermanfaat dan memudahkan masyarakat kerana dapat menguruskan siasa minyak masak, fabrik, elektronik dan barangan kitar semual seperti kertas, plastik, besi, aluminium serta botol kaca,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Singgit Seposen X Care For Kids Tahun 2023 di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Hadir sama pada program itu Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Pegawai Daerah Alor Gajah, Sabrina Thalas, Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Ismail Hasim serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Program Singgit Seposen X Care For Kids Tahun 2023 turut dijayakan dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Sains Dan Teknologi Melaka (MiCoST), SWCorp, SWM Enviroment, Meriahtek (M) Sdn. Bhd dan Evergreen Oil & Feed Sdn. Bhd.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

986
Kongsi :
Previous post 10,000 ‘berpeluh’ di Pantai Tanjung Bidara
Next post 58 kawasan catat bacaan IPU sederhana
Ubah saiz-+=