
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos – Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas Sukan Melaka diraikan bagi menghargai sumbangan dan pencapaian mereka dalam mengharumkan nama DUN berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah berkata, antara pencapaian membanggakan bagi DUN berkenaan adalah memperoleh tempat ketiga bagi sukan futsal.
“Kalah atau menang sudah menjadi adat pertandingan, namun paling utamakan adalah semangat kesukanan ditunjukkan oleh semua yang bertanding, selain itu sukan Melaka juga menjadi medan untuk kita mencari bakat baharu.
“Selain atlet kita juga menjemput pemimpin setempat dan penduduk sekitar untuk bersama-sama menjamu selera,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Soft Launch Seacut Seafood & Majlis Makan Malam Sukan Negeri Melaka DUN Kuala Linggi di Restoran Seacut Seafood, di sini, pada Sabtu.
Rosli yang juga Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, apa yang membanggakan beliau adalah DUN Kuala Linggi diwakili atlet dalam kalangan pelbagai kaum, sekali gus membuktikan semangat perpaduan tanpa mengira bangsa masih subur ni Negeri Melaka.
“Selain Melayu DUN Kuala Linggi turut diwakili atlet berketurunan Cina dan India, ini secara tidak langsung sukan juga menjadi medium mampu mengeratkan hubungan antara kaum,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

