
Pegawai kanan tentera dipanggil bantu siasatan kes cabul wanita di kelab golf
ALOR GAJAH 10 Oktober – Seorang kedi wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul dua pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel ketika sedang bertugas di sebuah kelab golf, di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh wanita berusia 21 tahun itu pada hari kejadian.
“Susulan daripada laporan dibuat mangsa itu, polis kemudian membuka kertas siasatan untuk tindakan lanjut.
“Kedua-dua suspek berusia 51 dan 52 tahun itu yang bertugas di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan kemudian dipanggil untuk membantu siasatan pada keesokannya,” katanya.
Menurut beliau, susulan daripada laporan polis dibuat mangsa, pihaknya turut menerima dua lagi laporan iaitu daripada salah seorang suspek dan rakan sekerja kepada wanita terbabit.
“Suspek berusia 51 tahun membuat laporan menafikan kejadian berkenaan dan satu laporan lagi dibuat oleh rakan sekerja yang menyatakan dia tidak melihat kejadian itu.
“Susulan itu siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AMBANG MERDEKA SEMARAKKAN WRUR TABOH NANING
AYER KEROH 19 Ogos - Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini bakal menjadi antara pengisian menarik memeriahkan pelaksanaan Program...
KIBARAN JALUR GEMILANG MERIAHKAN BOLING KRT ALOR GAJAH
AYER KEROH 19 Ogos - Gelanggang boling bukan sekadar menjadi medan persaingan sihat, malah dimanfaatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Alor...
NURUL SYASYA HADIAHKAN EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Atlet angkat berat Melaka, Nurul Syasya Khairina Syamsur menebus kekecewaan pada edisi terdahulu apabila berjaya...
PPSPM SASAR PERTANDINGAN RC POWER BOAT 2027 LEBIH MERIAH
AYER KEROH 18 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang untuk menganjurkan pertandingan Remote Control (RC) Power...
PUTRA SPECIALIST HOSPITAL PERLUAS JARINGAN KESIHATAN KE SUMATERA BARAT
AYER KEROH 18 Ogos - Putra Specialist Hospital (PSH) Melaka memperkukuh jaringan kesihatan rentas sempadan dengan Sumatera Barat, Indonesia menerusi...
POLYCCSKILLS 2026: PMM WARRIORS RAIH EMPAT PINGAT
MERLIMAU 18 Ogos - Pelajar Politeknik Merlimau Melaka (PMM) berjaya membawa pulang empat pingat selepas memberikan saingan terbaik dalam tujuh...
