
Warna bahan pencuci, bukan tumpahan bahan kimia
BUKIT KATIL 23 Oktober – Sisa tumpahan yang didakwa mengakibatkan pencemaran parit di Jalan Haji Said, Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil awal bulan lalu tidak mengandungi bahan kimia.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Rosli Mustafa berkata, hasil analisis kimia tidak menemukan sebarang bahan kimia dalam air parit berkenaan.
Sebaliknya, katanya air parit berkenaan bertukar warna kepada kebiruan akibat daripada warna bahan pencuci.
“Bahan pencuci tidak dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (BuanganΒ Terjadual) 2005.
“Setakat ini, tiada tindakan diambil berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan penduduk kampung di kawasan itu gempar apabila air parit yang jernih bertukar kebiruan, berbuih pekat dan berbau busuk selain mengakibatkan banyak ikan mati.
Gambar tumpahan itu turut tular di laman sosial.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BN SASAR KEMENANGAN LEBIH BESAR DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 23 Oktober - Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor menyasarkan kemenangan lebih besar pada Pilihan...
BN PERLU PERBAIKI KELEMAHAN SENDIRI HADAPI PRN MELAKA – AHMAD ZAHID
JASIN 23 Oktober - Barisan Nasional (BN) perlu memperbaiki kelemahan dalaman dan memperkukuh penyusunan jentera bagi mengelakkan kesilapan lalu berulang...
PRN MELAKA: AB RAUF βPOSTER BOYβ UMNO-BN – AHMAD ZAHID
JASIN 23 Oktober β Presiden UMNO Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri...
JENTERA UMNO DIMINTA BANTU KEMENANGAN RAKAN STRATEGIK
JASIN 23 Oktober β Jentera UMNO diminta memberikan sokongan kepada rakan strategik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
BN MELAKA PERKUKUH GERAK KERJA BERASASKAN KEPERLUAN RAKYAT
PANTAI KUNDOR 23 Oktober- Barisan Nasional (BN) Melaka memberi penekanan kepada pendekatan turun padang dan usaha mengenal pasti keperluan rakyat...
‘BIMBANG DENGAN MUSUH DALAM SELIMUT, BUKAN LAWAN POLITIK’ – AB RAUF
PANTAI KUNDOR 23 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengingatkan jentera parti supaya...
