
‘Abang rambut perang’ terkesima terima motosikal di KLIA
Walaupun sudah mengetahui bakal menerima motosikal jenamaย Modenas ituย selepas dihubungiย petugasย syarikat tersebut ketika di Doha lagi,ย Derrickย sama sekali tidak menyangka kejutan tersebut yang turut diatur sebuah stesen radio swastaย berlaku sebaik diaย melangkah keluar dari Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
โSaya sangat terharu dan tak sangka dengan kejutan ini hinggaย mereka sanggup hantar motosikal ke KLIA,โ katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, penyokong berusia 30 tahun yang mendapat julukan โabang rambut perangโ daripada netizen, berkata diaย berkemungkinan besar akan โmenolakโ tawaran motosikal itu.
Menurut Derrickย buat masa ini diaย akan menyimpan dahulu motosikal tersebutย sebelum membuat pengumuman lanjut berhubung perancangannya terhadap hadiah itu seawal Rabu ini.
Dalam pada itu, anak kelahiran Bandar Hilir, Melakaย itu, masih belum memikirkanย sama ada akan โterbangโ ke Omanย bagi menyaksikan aksi ketiga Harimau Malaya dalam saingan Kumpulan Dย kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang dijadual berlangsung 21 Mac ini.
โSaya difahamkan kos untuk ke Oman mahal,ย tetapi saya pastiย akan menyaksikan pasukan kita dalam perlawanan timbal balik diย Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 26 Mac,โ katanya.
Derrick menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air selepas lensa kamera merakam reaksinya menangis kegembiraan sewaktu Malaysia mendahului Korea Selatan, 2-1, menerusi jaringan penalti olehย Arif Aiman Mohd Hanapi, pada minit ke-62.
Aksi terakhir Kumpulan E yang berlangsung penuh dramatikย di Stadium Al Janoubย itu berakhir dengan keputusan 3-3, Khamis lepas.
Jumaat lepas, Derrick memberitahu Bernama bahawa dia memperoleh RM4,500 hasil jualan motosikal kesayangannya yang diiklankan di Facebook pada Disember lepas.
Kejayaan sensasi mengikat ย skuad Taegeuk Warriorsย tidak cukup untuk Harimau Malaya mencatat sejarah mara ke pusingan 16 terbaik pada Piala Asia 2023 selepas tewas dalam dua aksi terdahulu menentang Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1), sekali gus menamatkan saingan Kumpulan E di tempat tercorot dengan satu mata.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


