
‘Adik’ selamat dikebumikan di Simpang Bekoh, Jasin
RIM 1 Feb – Jenazah Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh pada jam 12.40 tengah hari tadi.
Terdahulu, van yang jenazah kanak-kanak malang itu tiba di Madrasah As-Syakirin jam 11.05 dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka.
Jenazahnya kemudian dimandikan dan disolatkan di surau berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta dikawal ketat anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dengan dihadiri 40 jemaah terdiri daripada keluarga terdekat.
Kira-kira setengah jam kemudian, jenazah kanak-kanak yang mesra disapa ‘Adik’ oleh keluarga angkatnya itu diusung keluar dari surau berkenaan dan dibawa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira satu kilometer untuk disemadikan.
Meskipun dibenarkan oleh pihak polis untuk membuat liputan di tanah perkuburan, namun ahli keluarga kandung Zubaidi Amir memohon diberi ruang dan meminta pemberita keluar dari kawasan berkenaan.
Sementara itu, ibu angkat arwah, Norlida Abu Hassan, 50, kelihatan lemah dan terpaksa dipapah anak lelakinya ketika memasuki pekarangan tanah perkuburan itu.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
