
ADUN Pantai Kundor adakan sidang akhbar esok
PANTAI KUNDOR 5 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dijadualkan mengadakan sidang media bagi merungkai pelbagai persoalan di Pantai Puteri, di sini pada jam 11 pagi esok.
Pegawai khasnya, Azman Mamat berkata, dijangka turut hadir ialah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, selain ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas) dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU).
Katanya, aspek penyertaan parti dalam PH oleh keempat-empat ADUN terbabit adalah antara aspek yang bakal disentuh, selain aspek lain yang berkaitan dengan hala tuju mereka selepas mengisytiharkan tidak lagi menyokong Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali semalam.
Beliau berkata, Nor Azman hadir pada sidang media Idris di sebuah hotel di Bandar Raya Melaka semalam dalam keadaan berkerusi roda kerana belum pulih sepenuhnya sejak dijangkiti COVID-19 pada 13 September lalu.
“Bagaimanapun, keadaan Datuk (Nor Azman) semakin baik dari semasa ke semasa dan beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan berehat di kediamannya.
“Insya-Allah beliau akan hadir pada sidang media esok bagi menjawab pelbagai persoalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PASAR MALAM TAMAN MAJU LEBIH TERATUR, BERSIH HASIL PEMANTUAN BERTERUSAN MPJ
JASIN 22 September – Usaha memastikan Pasar Malam Taman Maju kekal bersih, teratur dan selesa untuk peniaga serta pengunjung diperkasa...
MELAKA CADANG WUJUD IPD HANG TUAH JAYA
SERI BENDAHARA 23 September - Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) baharu sebagai langkah memperkukuh aspek...
‘KUMPAU’ TAPI ‘TAPAU’ MOTOSIKAL DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 23 September - Niat mahu menjadi juara pertandingan memancing, namun tuah belum memihak Shahrizal Sharudin, 34, apabila gagal...
LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
SERI BENDAHARA 22 September - Lebih 200 pencapaian merentasi pelbagai bidang direkodkan Kerajaan Negeri sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran diterajui...
MELAKA HARGAI JASA PESARA POLIS
SERI BENDAHARA 22 September - Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah lebih RM300,000 kepada pesara dan persatuan Polis Diraja Malaysia...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN KLEBANG BAWA MANFAAT PELBAGAI LAPISAN
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang memanfaatkan masyarakat setempat menerusi pelbagai bentuk...

