Agong perkenan usul undi percaya terhadap PM dibentang di Parlimen – Muhyiddin

Masa Membaca:57 Saat

PUTRAJAYA 4 Ogos – Satu usul undi percaya terhadap Perdana Menteri akan dibentangkan di Parlimen sebaik ia dibuka September ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangannya juga telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 11 pagi tadi.

“…saya akan menentukan keabsahaan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangnkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Alhijrah jam 12.30 tengah hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.

Selesai menghadap baginda, Muhyiddin dijadual ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Berita lanjut menyusul

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

679
Kongsi :
Previous post Ketepikan perbezaan kita dan pulihkan Malaysia kembali – Tengku Zafrul
Next post Muhyiddin kekal PM
Ubah saiz-+=