
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional
IPOH, 29 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bertemakan βMedia Bebas, Tunjang Demokrasiβ.
Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara hari ini.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai sambutan HAWANA sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.
Sambutan HAWANA 2023 dianjur di Perak bermula Sabtu lepas hingga hari ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan pelaksanaannya dikendalikan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Sambutan kali ini dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: PENGALAMAN JADI PENGHULU KELEBIHAN TOK JEZ DI SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Pengalaman berkhidmat sebagai penghulu serta hubungan rapat dengan masyarakat setempat menjadi kelebihan calon Barisan Nasional...
PRN MELAKA: BN PILIH KEMPEN TENANG, PERTARUH REKOD KERJA SANTUNI RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 7 November - Barisan Nasional (BN) Melaka memilih pendekatan kempen secara tenang dan sederhana menjelang hari pengundian Pilihan...
PRN MELAKA: ‘MACAMLAH PEMIMPIN MEREKA MALAIKAT’ – ONN HAFIZ
SERKAM 7 November - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas pendekatan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang...
PRN MELAKA: BN YAKIN PENERIMAAN DI KAWASAN SASARAN MELEBIHI 70 PERATUS β AB RAUF
SUNGAI RAMBAI 7 November - Barisan Nasional (BN) Melaka yakin mampu meraih sokongan melebihi 70 peratus di beberapa kawasan sasaran...
ISU TAHANAN RUMAH NAJIB: ONN HAFIZ GESA NGO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM NEGARA
SERKAM 7 November - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri...
AHMAD NORAZRIL BAWA ASPIRASI ‘KELUARGA REMBIA’
REMBIA 7 November - Kebajikan rakyat dan pembangunan infrastruktur setempat menjadi antara keutamaan calon Barisan Nasional (BN) N06 Dewan Undangan...
