Tapis kontraktor bina fasiliti kesihatan – JKR

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

ALOR GAJAH 29 Mei – Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan tapisan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan fasiliti kesihatan supaya mengelakkan projek ‘sakit’.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata ia bagi memastikan setiap kontraktor dilantik dapat menyiapkan projek mereka tanpa kelewatan.

“Mengikut rekod JKR terdapat sebanyak 166 projek berkaitan pembinaan fasiliti kesihatan sedang dilaksanakan.

“Daripada jumlah itu, 24 projek dalam kategori sakit, daripada 24 projek ini sebanyak 22 projek berlatar belakangkan kontraktor yang tiada pengalaman melaksanakan fasiliti kesihatan.

“Sebab itu langkah kita menangani masalah ini dengan membuat tapisan di peringkat awal untuk pastikan kontraktor yang akan terlibat ini ada pengalaman dan ini salah satu kriteria ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Simpang Ampat di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni dan lain-lain kenamaan.

Ujarnya, kursus berkenaan melibatkan seramai 35 Syarikat Kontraktor Gred G7 yang telah lulus penetapan pra syarat Kementerian Kewangan Malaysia.

“Selepas kursus ini kita akan mula kuat kuasa prosedur operasi standard (SOP) setiap kontraktor, kita nak lihat bagaimana kursus ini berjalan dengan lancar dan pengalaman yang mereka ada,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

788
Kongsi :
Previous post Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional
Next post KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Ubah saiz-+=