KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan empat unit tren elektrik (ETS) bagi laluan antara Stesen Kuala Lumpur KL Sentral ke Padang Besar dan KL-Sentral ke Butterworth sempena Hari Raya Aidiladha ini.

Menurut KTMB, penambahan itu membabitkan tren ETS 9283 dari Padang Besar- KL Sentral dan tren 9286 dari KL Sentral- Padang Besar, serta tren ETS 9181 dari Butterworth- KL Sentral dan destinasi sebaliknya.

“Tren-tren tambahan ini akan beroperasi selama enam hari bermula 27 Jun hingga 2 Julai. Sebanyak 24 perkhidmatan tambahan ditawarkan untuk tempoh yang dinyatakan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi dalam tempoh itu adalah sebanyak 36 trip sehari, berbanding pada hari biasa iaitu 32 trip sehari,” kata KTMB dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan tiket tren tambahan berkenaan akan mula dijual pada 1 Jun bermula 10 pagi dengan
“Penambahan tren ETS ini adalah bagi menampung permintaan tiket kereta api yang tinggi semasa musim perayaan serta bagi mengelakkan kesesakan trafik setiap kali orang ramai pulang ke kampung halaman.

“Tren tambahan ini menawarkan 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan tiket sebanyak 7,560 yang ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan,” menurut kenyataan itu.

KTMB turut menyarankan orang ramai supaya membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) yang boleh dimuat turun melalui Play Store, Appstore dan App Gallery atau membuat pembelian terus di laman sesawang rasmi KTMB.

Pengguna juga dinasihatkan agar merancang perjalanan dan membuat pembelian lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan serta elakkan pembelian tiket di saat akhir.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1002
Kongsi :
Previous post Tapis kontraktor bina fasiliti kesihatan – JKR
Next post Keputusan SPM diumum 8 Jun
Ubah saiz-+=