‘Air susu’ selamat digunakan – SAMB

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 10 Mei – Syarikat Melaka Air Berhad (SAMB) telah menjalankan kerja-kerja cucian paip di setiap hujung sistem paip retikulasi susulan masalah air yang berlaku di kawasan sekitar Ujong Pasir dan Padang Temu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan SAMB, memaklumkan, pihaknya mengambil maklum berkenaan masalah air bewarna putih susu selain mengambil langkah drastik bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Bahagian Kualiti Air (SAMB) juga telah menjalankan pengujian kualiti air di setiap kawasan yang terbabit dan hasil ujian mendapati parameter kualiti air terawat yang dibekalkan adalah mematuhi piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang ditetapkan.

“Oleh itu SAMB dapatu air bewarna putih susu yang terjadi adalah disebabkan oleh udara tambahan dan air bercampur bersama di dalam bekalan paip utama,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, semua bekalan air paip utama sememangnya mempunyai sedikit udara di dalamnya tetapi udara tambahan boleh memasuki bekalan akibat dari paip pecah atau bocor.

“Air paip bewarna susu mungkin nampak kotor tetapi sama sekali tidak berbahaya dan selamat untuk diminum atau digunakan kerana warna susu ini tidak akan bertahan lama serta akan hilang dalam masa beberapa minit apabila gelembung udara mikro terlarut dalam air.

“Apabila campuran udara tambahan dan air ini mengalir melalui bekalan paip utama, tekanan yang tinggi menyebabkan gelembung udara mikro terbentuk.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1609
Kongsi :
Previous post Pahang rekod 1,145 kes HFMD setakat 7 Mei
Next post Sabah pengeksport tertinggi minyak sawit bernilai RM1.8 bilion pada Mac
Ubah saiz-+=