Aktiviti kolam renang dibenar beroperasi 1 Julai

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR 22 Jun – Aktiviti riadah kolam renang akan dibenarkan beroperasi semula bermula 1 Julai ini.

Jelas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ia membabitkan kolam renang awam, di hotel, kondominium, komuniti berpagar atau kawasan terkawal serta persendirian.

Kanak-kanak bagaimanapun katanya, tidak digalakkan untuk terbabit dalam aktiviti riadah kolam renang dan menjadi tanggungjawab ibu bapa bagi mengambil pendekatan kawalan kendiri untuk menjaga keselamatan anak mereka.

Lapor Berita Harian, Ismail turut menasihatkan pihak pengurusan untuk membuat pendaftaran notifikasi pembukaan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di laman web NOTIFICATION.MITI.GOV.MY dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Prasyarat di setiap lokasi kolam renang ialah mesti disediakan pengawal keselamatan (life guard) dan penyelia untuk memastikan keselamatan pengguna dan jumlah masa penggunaan yang terkawal.

“Mesti ada pengawal bukan sahaja untuk mengawal keselamatan pengguna tetapi memastikan supaya jumlah yang ada di kolam renang adalah berdasarkan saiz kolam renang, tak boleh berasak di dalam kolam renang.

“Dibenarkan jumlah yang sesuai dengan saiz kolam renang dan mungkin mereka perlu mengehadkan masa bagi setiap yang berada di kolam renang, ” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di Putrajaya, di sini.

Views:

1233
Kongsi :
Previous post Speaker DUN terima kunjungan hormat MHI
Next post Boleh tonton wayang, riadah kolam renang, seminar dan persidangan 1 Julai – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=