Ambil peduli

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

 

PADA tahun 2020 kes bunuh diri di Malaysia berjumlah 631 orang. Manakala dari Januari hingga Mei 2021 pula, sejumlah 468 kes bunuh diri direkodkan dalam negara.

Jumlah tahun ini telah melepasi separuh dari jumlah tahun lalu biarpun kita baru berada di bulan Julai. Masih berbaki lima bulan untuk kita menutup tirai tahun 2021.

Peningkatan jumlah kes lebih 50% berbanding 6 bulan pertama tahun lalu amat membimbangkan.

Ini dikaitkan dengan situasi semasa negara dengan ekonomi menguncup manakala sektor industri pula terhad.

Ramai yang kehilangan kerja. Mereka mengalami tekanan perasaan. Malu untuk berhadapan dengan keluarga dan masyarakat. Semangat mahu hidup luntur lantas berputus asa.

Keadaan ini akan menjurus kepada kemurungan. Apabila kemurungan diambil mudah, maka terjadilah perkara yang tidak sepatutnya terjadi.

Mat nak pesan kepada diri sendiri dan teman-teman. Kita hidup bermasyarakat.

Ambil pedulilah dengan masyarakat sekeliling ketika ini. Kita perlu peka dengan keadaan rakan, jiran atau siapa saja di sekeliling kita.

Jika ada antara lingkungan kita yang memerlukan, selidik dan bantulah segera. Kalau diri sendiri dalam kesempitan, sekurang-kurangnya prihatinlah.

Dampingi mereka! Jangan biarkan mereka berasa keseorangan dan rasa tidak dipedulikan.

Adukan mereka kepada pihak berwajib. Ketika ini, banyak pihak secara sukarela membantu dalam pelbagai bentuk. Barangan keperluan, wang tunai, kaunseling dan lain-lain. Semuanya ada.

Ambil peduli!

Dak Mat : Insaf dengan situasi sekarang

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

424
Kongsi :
Previous post Kelonggaran bagi individu lengkap dua dos vaksin diumum selepas Aidiladha – TPM
Next post JSJN Melaka cemerlang, rampas dadah bernilai RM16 juta
Ubah saiz-+=