Ambil teguran Ketua Menteri secara positif

Masa Membaca:55 Saat

PAYA RUMPUT 15 Januari – Para pemimpin Kerajaan Negeri perlu mengambil teguran Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh secara positif demi kelestarian negeri.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Amanat Tahun Baharu 2024 Ketua Menteri Melaka.

“Ketua Menteri menyampaikan pelbagai mesej terutamanya untuk semua penjawat awam di Melaka ini, termasuk melepasi 100 peratus petunjuk prestasi utama (KPI) sepanjang tahun ini.

“Bagi portfolio saya, sudah tentu fokus saya adalah bagaimana penyampaian sistem oleh penjawat awam di bawah pentadbiran saya diuruskan dengan baik.

“Sebagai pemimpin Kerajaan Negeri, saya ambil teguran Ketua Menteri itu secara positif untuk perbaiki kelemahan dari semasa ke semasa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata beliau akan memastikan portfolio yang diberikan itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Sebagai contoh saya bertanggungjawab dengan isu banjir dan terlibat secara langsung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka.

“Jadi saya perlu memastikan parit-parit yang boleh mengakibatkan banjir di negeri ini boleh diselesaikan dengan kadar segera,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1101
Kongsi :
Previous post SRA JAIM Ramuan China Besar juara pantun Parlimen Masjid Tanah
Next post 40 pasukan berentap rebut Piala Bolasepak Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
Ubah saiz-+=