40 pasukan berentap rebut Piala Bolasepak Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MASJID TANAH 15 Januari – Kejohanan Piala Bolasepak Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Piala Bola Jaring Datin Seri Utama Zuriyah Abd Aziz akan diadakan di Kompleks Sukan Kampung Jeram pada 30 dan 31 Januari ini.

Pengerusi Kejohanan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata kejohanan tersebut terbuka kepada sekolah-sekolah dalam Parlimen Masjid Tanah.

Katanya, pihaknya menyasarkan sebanyak 40 pasukan yang akan menghantar wakil daripada keseluruhan 84 sekolah dalam parlimen terbabit.

“Hadiah terkumpul setakat ini bernilai hampir RM10,000 buat pemenang. Kita sasarkan 40 pasukan akan menghantar wakil bagi Kejohanan Bolasepak dan 40 pasukan bagi Kejohanan Bola Jaring.

“Setakat ini kita menerima maklum balas positif daripada pihak sekolah dan penyertaan masih terbuka sehingga 17 Januari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Bersama Pengetua, Guru Besar, dan Yang Dipertua (YDP) PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Masjid Tanah di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, semalam.

Gimik pelancaran Kejohanan Piala Bolasepak Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Piala Bola Jaring Datin Seri Utama Zuriyah Abd Aziz itu telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Mengulas lanjut, Hameed yang juga Exco Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata perlawanan akhir kejohanan tersebut akan diadakan pada awal Mac.

“Sebanyak enam kategori dipertandingkan pada Kejohanan Bolasepak dan Bola Jaring ini nanti. Kejohanan itu akan melibatkan kategori Bawah 11, 14 dan 16 tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1340
Kongsi :
Previous post Ambil teguran Ketua Menteri secara positif
Next post Cipta bahan halau nyamuk, SDARY wakili Melaka ke peringkat kebangsaan
Ubah saiz-+=